KELENGKAPAN WARISAN GAMELAN SERANTEH
Berikut merupakan kelengkapan peralatan permainan gamelan yang
digunakan oleh Warisan Gamelan Seranteh. Untuk lebih memantapkan lagi
persembahan gamelan dan menarik lebih ramai pemuda / pemudi bagi
sama-sama menyertai dan belajar tentang kesenian kebudayaan kita, Pihak WGS sedang berusaha untuk menaik taraf kelengkapan yang telah sedia ada
kepada kelengkapan yang baru.
Dengan itu WGS amat berbesar hati
sekiranya ada wakil-wakil koperat dan swasta yang sudi untuk menaja
pembelian kelengkapan yang baru dan dengan itu WGS dapat memartabatkan
lagi kebudayaan kesenian kita.
BUDAYA KITA AMALAN KITA.mungkin ada dari anda yang berminat dengan acara Gamelan bagi sesuatu upacara dan persembahan atau dimajlis perkahwinan bolehlah menghubungi No dimain page untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.
Sekapur Sireh Dari Pertubuhan Pencak Silat Seranteh Selangor Pertubuhan Seni Silat Seranteh berasal dari Kg Ngeranteh, Tambak Redjo, Tanah Seberang, Indonesia.P.P.S.S.S. telah diasaskan oleh Tok Guru Hj Ahmad Bin Nirun PJK yang telah mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun daripada Datuknya yang dikenali sebagai Tuan Hj Alias atau lebih dikenali sebagai Mbah Lias yang tinggal di Jambi, Tanah Seberang, Indonesia.
Translate
Wednesday, 26 November 2014
PERTUBUHAN PENCAK SILAT SERANTEH SELANGOR
Sekapur Sireh Dari ''Pertubuhan Pencak Silat Seranteh Serlangor''
Pada awal 50an lagi beliau Tuan Hj Alias atau lebih dikenali sebagai Mbah Lias sudah mula membuka gelanggang persilatan di Kg Mentaram, Klang, Selangor dan pada masa tersebut telah dianggotai seramai 50 orang yang di naungi oleh Badan Pemuda Pemudi Klang. Seterusnya beberapa gelanggang-gelanggang persilatan telah dibuka iaitu di Jalan Hassan, Sg Udang, Jalan Yadi, Kg Keretapi, Pandamaran Jaya, Sg Sireh dan Batu Belah dan Amazing Heights Sg. Udang, Klang Selangor.
Pertubuhan Seni Silat Seranteh juga telah menyertai pertandingan-pertandingan silat dan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pernah menjuarai pertandingan samada diperingkat negeri mahupun kebangsaan.
Pertubuhan Seni Silat Seranteh mempelbagaikan cabang kesenian lain dengan menubuhkan pasukan Gamelan. Warisan Gamelan Seranteh telah terbukti dan tergolong dalam kelompok pasukan-pasukan gamelan terbaik dan sentiasa mendapat jemputan-jemputan untuk mengiringi pesilat-pesilat dalam pertandingan silat samada peringkat negeri dan kebangsaaan.
Warisan Gamelan Seranteh juga pernah menjadi Naib Juara di Festival Musik Tradisional Malaysia. Gamelan Seranteh kerap membuat persembahan diatas jemputan syarikat-syarikat swasta seperti hotel dan majlis-majlis keramaian

Subscribe to:
Posts (Atom)