Translate

Tuesday, 16 December 2014

ANAK ANAK BERLATIH DIWAKTU MALAM...

TIDAK KIRA USIA SAMA ADA LELAKI ATAU PON PEREMPUAN...
Disebabkan minat yang mendalam pada seni persilatan anak anak ini masih lagi berlatih, semangat
ini yang diiperlukan untuk menerajui ilmu persilatan dimasa akan datang...kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi...melayu takkan hilang dunia,.. persilatan takkan lekang dik telan zaman..
Hidupppp....Seranteh.....




GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN GELANGANG DAN MEMBUAT PONDOK BARU..

Alhamdulillah..syukur semuanya berjalan dengan lancar..dan terlaksana ...
alhamdulillah..kepada nikmat yg diberikan...terima kasih diatas kerjasama semua untuk
majlis gotong royong, membersih serta mendirikan pondok baru tersebut hingga terlaksana.
 
PONDOK LAMA DIROBOHKAN

 PONDOK BARU SIAP DIBINA


MAJLIS ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YANG KE 69 DI ISTANA ALAM SHAH KLANG BERSAMA HULUBALANG DELAPAN/PENDEKAR / SRIKANDI

DAULAT..TUANKUU..DAULAT..TUANKUU..DAULAT..TUANKUU
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR YG KE-69
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

                                    Ketibaan dan Mengiringi Baginda Sultan Kepentas Upacara
 
 Persembahan Junjung Kasih Dari Seranteh Selangor
Mengiringi Tuanku Kedewan Santapan
Daulat Tuanku..Setelah Selesai Persembahan Silat
  
Mengiringi Tuanku Setelah Selesai Majlis Aturcara
Bergambar Bersama Penaung Seranteh Selangor,
YAD Dato Abd Ghani B.Patih Akhir
DSIS,SMS,
Dato Sri Diraja / Dato Orang Kaya Maha Bijaya

Thursday, 4 December 2014

Bersama Penaung Seranteh Sgor, YAD.Dato'Abdul Ghani B.Pateh Akhir


Bersama YAD.Dato'Abdul Ghani B.Pateh Akhir
DSIS,SMS
Dato' Setia Diraja,
Dato' Orang Kaya Maha Bijaya
(Orang Besar daerah Klang)

Perjumpaan membicangkan agenda dan program persembahan Seranteh sempena Hari Ulang tahun Keputeraan Sultan Selangor yang ke 69 di Istana Alam Shah Klang Pada 11 Dec 2014.

PERSEMBAHAN PENCAK SILAT DIHADAPAN RAJA SEHARI DIBANDAR SULTAN SULAIMAN PELABUHAN KLANG







Persembahkan Silat dibandar sultan sulaiman port klang, dimajlis perkahwinan pada 30 Nov 2014.

SEMINAR KESULTANAN SELANGOR DALAM ARUS SEJARAH MALAYSIA 4 NOV 2014



Menghadiri seminar kesultanan sebegini rupa, begitu mengasikkan,bersama sama dgn Pak guru Muis dan Yg Bhg. Dato Dr Ibrahiim B.Ghafar, Yang bertempat di Muzium Shah .Alam pada 4 Nov 2014. Sejarah kesultanan selangor yg begitu indah dan mempersonakan,taklimat dr beberapa pakar dan juga kerabat kerabat diraja serta perkongsian beberapa artikel,artifak dan gambar gambar peribadi begitu menakjubkan...perihal kesultanan islam, istana lama dan juga mata wang serta pewaris dan juga pertabalan diraja begitu terperinci dan diluar pengetahuan kami...
"Selangor Darul Ehsan dikenali yang sebelom ini dikenali sebagai  "Selangor Darul Khusus"

JUARA PERSEMBAHAN PERGURUAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Temasha seni silat senjata dan warisan negeri selangor, yang telah berlangsung pada  1,2 Mac 2014,
di Dataran Kemerdekaan  Shah Alam..

Wednesday, 26 November 2014

PERALATAN GAMELAN SERANTEH

KELENGKAPAN WARISAN GAMELAN SERANTEH 

Berikut merupakan kelengkapan peralatan permainan gamelan yang digunakan oleh Warisan Gamelan Seranteh. Untuk lebih memantapkan lagi persembahan gamelan dan menarik lebih ramai pemuda / pemudi bagi sama-sama menyertai dan belajar tentang kesenian kebudayaan kita, Pihak WGS sedang berusaha untuk menaik taraf kelengkapan yang telah sedia ada kepada kelengkapan yang baru.
Dengan itu WGS amat berbesar hati sekiranya ada wakil-wakil koperat dan swasta yang sudi untuk menaja pembelian kelengkapan yang baru dan dengan itu WGS dapat memartabatkan lagi kebudayaan kesenian kita.


BUDAYA KITA  AMALAN KITA.mungkin ada dari anda yang berminat dengan acara Gamelan bagi sesuatu upacara dan persembahan atau dimajlis perkahwinan bolehlah menghubungi No dimain page untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut.



PERTUBUHAN PENCAK SILAT SERANTEH SELANGOR

Sekapur Sireh Dari ''Pertubuhan Pencak Silat Seranteh Serlangor''

Pada awal 50an lagi beliau
Tuan Hj Alias atau lebih dikenali sebagai Mbah Lias  sudah mula membuka gelanggang persilatan di Kg Mentaram, Klang, Selangor dan pada masa tersebut telah dianggotai seramai 50 orang yang di naungi oleh Badan Pemuda Pemudi Klang. Seterusnya beberapa gelanggang-gelanggang persilatan telah dibuka iaitu di Jalan Hassan, Sg Udang, Jalan Yadi, Kg Keretapi, Pandamaran Jaya, Sg Sireh dan Batu Belah dan Amazing Heights Sg. Udang, Klang Selangor.
 
Pertubuhan Seni Silat Seranteh juga telah menyertai pertandingan-pertandingan silat dan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pernah menjuarai pertandingan samada diperingkat negeri mahupun kebangsaan.


Pertubuhan Seni Silat Seranteh mempelbagaikan cabang kesenian lain dengan menubuhkan pasukan Gamelan. Warisan Gamelan Seranteh telah terbukti dan tergolong dalam kelompok pasukan-pasukan gamelan terbaik dan sentiasa mendapat jemputan-jemputan untuk mengiringi pesilat-pesilat dalam pertandingan silat samada peringkat negeri dan kebangsaaan. 


Warisan Gamelan Seranteh juga pernah menjadi Naib Juara di Festival Musik Tradisional Malaysia. Gamelan Seranteh kerap membuat persembahan diatas jemputan syarikat-syarikat swasta seperti hotel dan majlis-majlis keramaian

PERTUBUHAN PENCAK SILAT SERANTEH SELANGOR KHATAMAN AHLI SERANTEH